NAK KEKAL CANTIK DAN AWET MUDA ! APAKAH RAHSIA YANG BOLEH MENGHINDARI PENUAAN ? Banyak faktor yang boleh menyebabkan kulit anda m...
Banyak faktor yang boleh menyebabkan kulit anda menjadi tua dari usia sebenar. Faktor cuaca juga boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering dan kusam. Anda perlu tahu cara untuk mencegah kulit anda daripada menjadi tua dari sepatutnya.
Penuaan merupakan sebuah keadaan di mana kulit dan wajah kelihatan lebih tua daripada usia yang sepatutnya. Hal ini biasanya terjadi pada kulit yang mempunyai ciri-ciri kering, mengapa kulit kering? kerana kelenjar sebum pada kulit kering menghasilkan sedikit sekali minyak yang berguna untuk melembapkan serta melindungi kulit dari bahaya pencemaran serta radikal bebas.
Sebagai lapisan luar tubuh, kulit mempunyai banyak peranan penting sebagai pelindung. Dalam usaha melakukan perlindungan inilah, kulit akan mengalami pelbagai proses, seperti pelepasan lapisan sel kulit ari yang telah mati serta membentuk lapisan tanduk yang terjadi secara terus-menerus.
Selain itu, kulit juga berperanan untuk memberikan keselesaan pada badan dengan mengawal suhu badan dan melindungi dari bahaya sinar ultraungu yang dipancarkan oleh matahari.
KELEBIHAN L-CYSTEINE MENCEGAH PENUAAN...
Kajian menunjukkan bahawa L-cysteine bukan sahaja melambatkan proses penuaan, tetapi juga membantu dalam mencegah demensia dan multiple sclerosis, kerana kedua-dua keadaan yang berkaitan dengan pengumpulan toksin.
L-cysteine juga menyokong sintesis Glutathione antioksida. Oleh itu, ia memainkan peranan penting dalam penyahtoksikan dan perlindungan yang terhasil daripada beberapa tisu dan organ-organ.
L-cysteine merupakan agen anti-penuaan yang menyokong anti-oksidan yang melindungi sel-sel dengan cara memerangkap radikal bebas dengan logam berat untuk memastikan badan bersih daripada unsur-unsur 'penjenayah' yang menyebabkan penuaan.
Hindarilah diri anda dari melakukan perkara yang boleh membuatkan anda kelihatan lebih tua dari usia sebenar anda. Amalkan cara pemakan dan gaya hidup yang lebih sihat. Jauhkan diri anda dari tekanan yang menjadi salah satu punca penuaan. Aktifkan diri anda dengan bersenam atau mengambil suplemen untuk mencegah penuaan.
