ANDA MEMPUNYAI MASALAH PENGLIHATAN ? RABUN JAUH ? RABUN DEKAT ? RABUN antara masalah penglihatan yang paling biasa berlaku kepada se...
RABUN antara masalah penglihatan yang paling biasa berlaku kepada semua peringkat umur dalam masyarakat. Kini, masalah rabun juga sering dialami kanak-kanak sebelum tibanya usia persekolahan lagi. Pun begitu, tidak perlu bimbang kerana terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk membantu memperbaiki tahap penglihatan.
Apakah maksud rabun mata?
Cahaya melalui kornea (bahagian lutsinar di mata) dan kanta sebelum jatuh ke atas retina lapisan yang melitupi bahagian belakang mata dan mengandungi urat saraf. Mata perlu membiaskan cahaya supaya imej yang jelas dapat difokuskan ke atas retina. Rabun mata bermaksud mata tidak dapat membiaskan cahaya dengan baik dan ini menyebabkan penglihatan menjadi kabur.
Jenis-jenis rabun...
Terdapat dua jenis masalah rabun iaitu rabun jauh dan rabun dekat. Rabun jauh ialah keadaan di mana seseorang tidak dapat melihat objek yang jauh dengan jelas, tetapi dapat melihat objek dekat dengan jelas. Perkara sebaliknya berlaku pada individu yang mengalami rabun dekat iaitu objek yang dekat kelihatan kabur, tetapi objek jauh pula boleh dilihat dengan jelas.
KANDUNGAN TOMATO MAMPU MENCEGAH MASALAH PENGLIHATAN
Kebiasannya lobak sering dikaitkan dengan kesihatan mata,
tetapi tahukah anda bahawa tomato juga turut mempunyai khasiat yang sama?
Kandungan vitamin A, C, beta karoten dan lutein yang
terdapat dalam tomato dapat membantu pemulihan penglihatan mata serta mengurangkan
dari terjadinya rabun malam. Ianya turut menghalang penyakit mata macular
degeneration yang menyebabkan kesukaran untuk melihat.
Vitamin A mempunyai peranan penting dalam kesihatan deria
penglihatan manusia. Vitamin ini membantu menyalurkan objek yang diterima oleh
retina mata ke otak sebagai sebuah gambar. Kompaun yang memainkan peranan dalam
hal ini adalah retinol.
Salah satu penyakit mata yang umum terjadi adalah katarak.
Pengambilan vitamin c setiap hari dapat membantu mencegah penyakit katarak. Beta
karoten pula, memperbaiki sel batang dan sel kon pada retina serta membantu
penglihatan secara umum.
Lutein bertanggung jawab untuk penglihatan manusia. Lutein
dalam makula melindungi mata daripada tekanan oksidatif dan membantu penyerapan
cahaya biru. Penyelidikan menunjukkan bahawa lutein boleh mengurangkan risiko
penyakit mata khususnya degenerasi makula.
Lutein juga memainkan peranan penting untuk mencegah
penyakit mata yang disebut Harbinger 's brush, sebuah fenomena di mana mata
melihat warna cahaya yang terpolarisasi.
Kesihatan mata kita sangatlah penting untuk selalu dijaga, kerana kita sebagai manusia tentu saja sangat memerlukan penglihatan untuk membantu kita melakukan dan menyelesaikan pekerjaan, ataupun jika kita sedang bercuti dan ingin melihat-lihat pemandangan indah dan sebagainya, tentu saja kita memerlukan mata untuk melihat semua perkara tersebut.
Dengan meningkatkan kesedaran dan kepedulian terhadap kesihatan mata, dan dengan melakukan beberapa cara dalam menjaga kesihatan mata seperti yang sudah disebutkan dalam berbagai macam artikel kesihatan mata yang boleh didapati, semoga kita dapat menjaga kesihatan mata dengan baik dan benar.
Mata merupakan salah satu pancaindera manusia yang sangat penting dan penjagaannya perlu bagi memastikan tiada masalah akan timbul kelak. Makanan juga boleh menjejaskan kesihatan mata. Mata juga memerlukan nutrisi penting agar mata sentiasa sihat dan segar. Mata sangat memerlukan vitamin A meski dengan dos yang cukup tinggi.
